Isteri Perdana Menteri Luang Masa Bersama SABATI

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Isteri Perdana Menteri Luang Masa Bersama SABATI
0 Comments

KHAMIS 1 APRIL 2021

KUCHING: Sarawak Badan Amal Isteri-Isteri (SABATI) menerima kunjungan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Patinggi Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kuching pada Khamis.

Sejurus tiba, Datin Patinggi Sri Noorainee bersama Pengerusi Sabati, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang melawat pameran serta mendengar taklimat mengenai songket dan keringkam di sini.

Selepas itu, beliau menghadiri jamuan ringan bersama ahli SABATI serta penyerahan cenderamata sebagai kenangan.

Hadir sama Ahli-Ahli Tertinggi SABATI iaitu Dato Doreen Mayang, Datin Dr Zaliha Abdullah, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan ahli Exconya, Datin Sri Loreta Sawot, Datin Sri Enn Ong Siok Ean dan Datin Dorothy Sylvester Pungga. -EDISI UKAS