Oya Square Tarikan Baharu Pekan Oya

UKAS  > Edisi-Tengah >  Oya Square Tarikan Baharu Pekan Oya
0 Comments

ISNIN, 5 APRIL 2021

OYA: Oya Square bakal menjadi tumpuan utama para pengunjung di Pekan Oya.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kawasan itu nanti mampu menarik pengunjung terutamanya dari luar Mukah.

“Saya juga yakin kawasan ini akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi masyarakat setempat,” katanya semasa Perasmian Papan Tanda Payung Sejahtera, Oya Square pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menambah, kawasan untuk membina tempat pakir di Pekan Oya juga telah dikenalpasti bagi mengatasi masalah kekurangan tempat pakir di pekan itu.

Pada program berasingan, beliau mengadakan lawatan ke rumah salah seorang penerima Projek Penambahbaikkan Rumah Rakyat Miskin (MRP-PPRMS), Meriam Sebli di Jalan Lebai Gemok yang dilaksanakan dengan kos RM15,000.

Setakat ini, seramai 174 keluarga DUN Dalat telah dibantu di bawah program MRP-PPRMS dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,959,000.00.

Dato Sri Fatimah seterusnya meninjau projek baikpulih Jeti Nelayan Jalan Muhibah dan Jalan Haji Mohd Wahid, Kampung Boom, Oya dengan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM7,000.

Beliau kemudian meninjau projek pintu gerbang Kampung Boom, Oya dengan kos sebanyak RM14,000 dan melawat cadangan projek membina bumbung dan menaiktaraf Gelanggang Futsal di kampung yang sama di bawah peruntukan MRP 2021 berjumlah RM150,000.00.

Di Kampung Teh Oya, Dato Sri Fatimah menyempurnakan perasmian Papan Tanda Ena & Ali Nursery.-EDISI UKAS