54 Petugas Barisan Hadapan Di Matu Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Hari kedua

UKAS  > Edisi-Tengah >  54 Petugas Barisan Hadapan Di Matu Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Hari kedua
0 Comments

SELASA, 6 APRIL 2021

MATU: Seramai 54 petugas barisan hadapan di kawasan Matu menerima suntikan vaksinasi COVID-19 pada Isnin.

Program yang diadakan pada hari kedua di Dewan Suarah Matu itu berjalan lebih lancar dan teratur berbanding pada hari pertama pada Ahad.

Rata-rata penerima yang ditemui menyatakan rasa bahawa suntikan tersebut tidak menyakitkan dan menyarankan orang ramai untuk tampil mendaftar untuk mendapatkan vaksin untuk keselamatan bersama.

Turut hadir menerima suntikan, Pegawai Daerah Matu, Wan Hipni Wan Mohamad.-EDISI UKAS