ADUN Daro Hargai Komitmen Agensi Pelaksana RTP

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Daro Hargai Komitmen Agensi Pelaksana RTP
0 Comments

SELASA, 6 APRIL 2021

BINTANGOR: Peranan agensi pelaksana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di DUN Daro penting dalam memastikan setiap projek mencapai objektifnya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, beliau amat menghargai komitmen dan tanggungjawab yang dipikul agensi tersebut khususnya menyiapkan projek mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Pemantauan Penyelarasan Dan Pelaksanaan Projek RTP Tahun 2021 di Bintangor pada Isnin.

Pada majlis tersebut, Safiee turut menyampaikan sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM47,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di DUN Daro dan kelab daerah Meradong.

Antara penerima geran dari Telok Batu ialah JKKK Kampung Salleh, JKKK Rh Mansor, JKKK Rh Tigong, JKKK Rh Boniface, JKKK Rh David Pau, JKKK Rh Jackson, JKKK Rh Rentap dan JKKK Rh Anthony Empati, masing-masing RM4,000.

Turut menerima geran dengan jumlah yang sama adalah JKKK Rh Benet Imang, Bukit Papit Baru dan JKKK Rh Panjang, Bukit Papit dan juga JKKK Kampung Muara Lebaan Bintangor.

Sementara itu, Kelab Jabatan Pertanian Daerah Meradong menerima peruntukan berjumlah RM 3,000.

Safiee berharap, sumbangan MRP tersebut akan dimanfaatkan dengan sebaiknya demi kemajuan jawatankuasa rumah panjang dan kampung serta kelab masing-masing. -EDISI UKAS