Pembinaan Dewan SMK Luar Bandar Berjalan Lancar

UKAS  > Edisi-Utara >  Pembinaan Dewan SMK Luar Bandar Berjalan Lancar
0 Comments

SELASA, 6 APRIL 2021

LAMBIR: Kerja-kerja pembinaan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar berjalan lancar. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, Projek Pembinaan Dewan SMK Luar Bandar ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). 

“Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek RTP ADUN Lambir yang berjumlah RM600,000.

“Sehingga kini, kerja-kerja pembinaannya mengikut jadual dan berpuas hati dengan perjalanan projek,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke SMK Luar Bandar pada Isnin. 

Dalam pada itu, Pengetua SMK Luar Bandar Alias Ngah telah memberikan taklimat ringkas berkenaan kerja-kerja pembinaan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar. -EDISI UKAS