Pejabat Daerah Daro Tinjau Projek RTP 2021

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pejabat Daerah Daro Tinjau Projek RTP 2021
0 Comments

SELASA, 6 APRIL 2021

DARO: Pihak Pejabat Daerah Daro bersama Majlis Daerah Majlis Daro dan Pusat Khidmat DUN Daro melakukan lawatan ke atas tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 di sini pada Isnin.

Lawatan ini bertujuan menyediakan spesifikasi atau skop kerja bagi projek yang dicadangkan yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Matu Daro.

Antara projek yang dilawati ialah membina baru jalan Kampung Masjid (Jalan Bina) dan menaiktaraf Jalan Kampung Nangar Besar Baru dengan masing-masing bernilai RM150,000.

Seterusnya, projek membina baru Jalan Kampung Itol dan menaiktaraf Taman Permainan dan Rekreasi Kanak-kanak, masing-masing berjumlah RM100,000 serta membina baru Jalan Kampung Tebaang Kecil (RM80,000).

Selain itu, lawatan ini adalah untuk menentukan tapak yang sepatutnya dilaksanakan dengan betul.-EDISI UKAS