Pembinaan Jalan Bakal Realisasikan Pengwujudan Saribas Agropark

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pembinaan Jalan Bakal Realisasikan Pengwujudan Saribas Agropark
0 Comments

SELASA, 6 APRIL 2021

DEBAK: Impian untuk mewujudkan Saribas Agropark bakal direalisasikan dengan siapnya pembinaan jalan dari Kampung Suri ke Kampung Tuie.

Menurut ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam, jalan tersebut sedang rancak dibina dan apabila siap akan membuka kawasan tersebut untuk dijadikan Saribas Agropark.

Katanya, pengwujudan Saribas Agropark juga merupakan impian Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk melihat kawasan itu ditransformasikan menjadi pusat pertanian.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan cek Bantuan Baja Dibawah Skim Projek Bantuan Pertanian berjumlah RM500,000 di Dewan Perpaduan Daerah Kecil Debak pada Isnin.

Turut disampaikan sebanyak 22 cek sumbangan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Terdahulu, Mohammad Razi bersama pihak Kelab Gasing TraSaribas telah meninjau lokasi bagi cadangan pembinaan Gelanggang Gasing bertempat di Riveria Sport Centre Debak.

Beliau telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi membina fasiliti tersebut.

Manakala pada sebelah petang, Mohammad Razi sempat meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 10 kanak-kanak orang kelainan upaya dan empat warga emas di Rumah Panjang Dit. – EDISI UKAS