ADUN Bukit Semuja Tinjau Projek RTP

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Bukit Semuja Tinjau Projek RTP
0 Comments

RABU, 7 APRIL 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus melakukan lawatan tapak projek jalan dalam kampung di Kampung Tangga Mawang pada Selasa. 

Beliau memaklumkan telah menerima beberapa permohonan menaiktaraf jalan dalam kampung dan akan meneliti setiap permohonan tersebut. 

Lawatan tersebut bertujuan bagi membuat penilaian teknikal, berjumpa dengan ketua kampung bagi memastikan projek yang dipohon memberi impak dan kemudahan yang baik kepada penduduk kampung. 

Beliau turut melawat kerja-kerja membaikpulih kawasan yang rosak akibat banjir yang lepas dan masalah sistem perparitan di KampungTebakang Melayu bagi memastikan segala kerja dilaksanakan dengan baik dan mengikut skop kerja yang ditetapkan. 

Turut hadir dalam lawatan kerja itu, Setiausaha Majlis Daerah Serian Constantine Gerald David Jonas, kaunselor dan ketua kampung.-EDISI UKAS