Dato Sri Rohani Hadiri Dialog Berhubung Pembangunan Di Kawasan Lingga

UKAS  > Edisi-Selatan >  Dato Sri Rohani Hadiri Dialog Berhubung Pembangunan Di Kawasan Lingga
0 Comments

RABU, 7 APRIL 2021

LINGGA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim turun padang menghadiri dialog bersama agensi dan wakil masyarakat di kawasan Lingga pada Selasa.

Sesi dialog tersebut merupakan anjuran kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di bawah projek utama Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia tahun 2021 (APPGM-SDG, Sarawak).

Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat berhubung pembangunan kelestarian di kawasan terpilih bersama wakil agensi persekutuan, negeri dan wakil-wakil masyarakat.

Dalam sesi tersebut, Dato Sri Rohani mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelidik UNIMAS serta semua yang telah menjayakan program itu dan berharap dapatan yang diperoleh dalam sesi tersebut dapat digunakan untuk merangka pembangunan yang lebih strategik bagi kawasan itu.-EDISI UKAS