ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek RTP Naik Taraf Dewan Pesona Kampung Semera

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek RTP Naik Taraf Dewan Pesona Kampung Semera
0 Comments

RABU, 7 APRIL 2021

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo pada Rabu turun padang meninjau serta membuat pemeriksaan tapak untuk membina Dewan Pesona Kampung Semera yang baharu.

Dalam tinjauan itu, Aidel berkata dengan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu, beliau menyarankan agar dewan tersebut dirobohkan dan dibina semula dengan struktur dewan yang lebih luas untuk keselesaan penduduk.

Menurut beliau apabila siap, dewan tersebut akan mempunyai dua gelanggang badminton, astaka, tandas, stor serta kemudahan yang lain.

Tinjauan beliau diiringi wakil dari agensi kerajaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Tanah dan Survei, Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Pejabat Daerah Asajaya.

Untuk makluman, sebut harga untuk projek tersebut akan dikendalikan oleh pihak JKR yang akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri 2021.-EDISI UKAS