RABU, 7 APRIL 2021
PANTU: Risalah Vaksinasi COVID-19 telah diserahkan kepada Ketua Kampung, Kapitan dan Tuai Rumah di Pekan Pantu pada Rabu.
Risalah tersebut telah diterapkan dengan maklumat vaksinasi COVID-19 supaya masyarakat setempat memahami program vaksinasi COVID-19 yang kini sedang giat dijalankan dan ianya akan diedarkan ke setiap rumah di kampung-kampung kawasan Pantu.
Risalah tersebut merupakan salah satu daripada kempen kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksinasi COVID-19 di kalangan masyarakat.
Ianya juga dicetak dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Iban. –EDISI UKAS