KHAMIS, 8 APRIL 2021
SIMUNJAN: Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan telah melakukan operasi sanitasi di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Simunjan baru-baru ini.
Operasi sanitasi tersebut adalah sebagai langkah pengawalan dan pencegahan awal dan hanya menyasarkan keseluruhan pejabat itu sahaja.
Proses sanitasi dan penyemburan berjalan lancar dengan kekuatan empat orang kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan yang semuanya lengkap memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE).-EDISI UKAS