SELASA ,13 APRIL 2021
LINGGA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga menerima peruntukan sebanyak RM15,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri pada Selasa.
Sumbangan tersebut bertujuan bagi para guru melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah dan khasnya untuk para pelajar.
Dalam pada itu juga, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa alat tulis dan pelitup muka kepada seramai 486 orang pelajar di sekolah tersebut.
“Saya berharap sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan ibu bapa pelajar sekolah ini.
“Laporan perbelanjaan di atas geran yang diberikan juga harus disediakan oleh para guru,” katanya. -EDISI UKAS