Seramai 142 Individu Terima Dos Kedua Vaksin COVID-19 Di Sri Aman

UKAS  > Edisi-Selatan >  Seramai 142 Individu Terima Dos Kedua Vaksin COVID-19 Di Sri Aman
0 Comments

ISNIN, 19 APRIL 2021

SRI AMAN: Seramai 142 orang menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Suarah Sri Aman pada Isnin.

Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai yang ditemani Ketua Penyelaras Program Pemberian Vaksin di Bahagian Sri Aman, Dr Janariah Jangani turut meluangkan masa untuk melawat pusat pemberian vaksin berkenaan.

Pada masa sama, beliau menyeru masyarakat di Sri Aman untuk mendaftar sebagai penerima vaksin melalui Apslikasi MySejahtera, Pejabat Daerah dan klinik-klinik Kesihatan yang berdekatan.

Sementara itu, tinjauan mendapati para penerima vaksin telah mula beratur di pusat pemberian vaksin tersebut seawal pukul 8 pagi bagi pendaftaran oleh petugas Pejabat Kesihatan Malaysia Bahagian Sri Aman.

Proses pemberian vaksin telah berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan oleh pihak Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman. -EDISI UKAS