KHAMIS, 22 APRIL 2021
BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip telah menyerahkan bantuan kerusi roda dan susu kepada pasangan Langa Jungan dan Emma Kuyah di Kampung Baru, Bintulu.
Sumbangan ini telah disampaikan Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti DUN Jepak pada Rabu.
Pasangan ini, Langa Jungan mengalami strok yang mengakibatkan lumpuh separuh badan dan isterinya Emma Kuyah mengalami obesiti yang menyebabkan pergerakan terhad.
Dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung pasangan tersebut.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Skuad PBB DUN Jepak Othman Achiem dan Timbalan Setiausaha Skuad PBB DUN Jepak Zuliza. -EDISI UKAS