SELASA, 27 APRIL 2021
MIRI: Seramai 15 orang penerima di Piasau Jaya Fasa 3 yang terdiri daripada golongan asnaf menerima sumbangan Bakul Makanan SABERKAS Prihatin dalam Program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Cawangan DUN Piasau pada Ahad.
Sumbangan telah disampaikan Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang yang mewakili Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Selain itu, Adam yii turut mengagihkan 100 pek bubur lambuk 100 kepada penduduk setempat dengan menyerahkan dari rumah ke rumah.
Hadir sama Setiausaha SABERKAS Cawangan Piasau Mohd. Yusuf dan Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Leslie Lau. -EDISI UKAS