ADUN Pantai Damai Tinjau Projek RTP SK Temenggong.

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Pantai Damai Tinjau Projek RTP SK Temenggong.
0 Comments

SELASA, 27 APRIL 2021

KUCHING: Menteri Muda Utiliti Bekalan Air merangkap Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Temenggong, Jalan Matang di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turun padang bagi meninjau cadangan kerja penambahbaikan prasarana sekolah terbabit.

Agensi yang akan melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching.-EDISI UKAS.