Tiga Projek Di Daerah Bau Siap Sepenuhnya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Tiga Projek Di Daerah Bau Siap Sepenuhnya
0 Comments

RABU, 29 APRIL 2021

BAU: Penduduk di kawasan Bau kini menarik nafas lega apabila tiga projek pembinaan di situ siap sepenuhnya.

Projek itu ialah pembinaan gabion laluan lorong jalan utama menuju rumah Hani, Kampung Sudoh, pembinaan gabion dan penurapan jalan lorong 7, sebuku dan baikpulih jalan Sriieng.

Ia juga diyakini selamat untuk digunakan setelah diteliti oleh Majlis Daerah Bau dalam pemeriksaan akhir projek itu pada Selasa.

Projek di bawah peruntukan khas Ketua Menteri Sarawak itu telah dilaksanakan selama dua minggu oleh syarikat kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Bau.

Sebelum ini, ketiga projek itu mengalami kerosakan akibat ketika dilanda Monsun Timur Laut pada Januari lepas.

Dalam pemeriksaan itu, kesemua Ahli Majlis Daerah bau menyatakan kepuasan atas prestasi kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Hadir sama di lokasi ialah, Setiausaha Majlis Daerah Bau, Simon Wong Hong Yong, Penolong Jurutera Majlis Daerah Bau, Merici Ceylist dan Samuel Suwim dan wakil pusat khidmat ADUN Tasik Biru Jeffery Leonard.-EDISI UKAS