JUMAAT, 30 APRIL 2021
KUCHING : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Kakitangan, Dato Sri Fatimah Abdullah bersama kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah mengadakan “Program Gema Ramadan” memasak bubur lambuk, pada Jumaat.

Program tersebut turut menjemput beberapa anggota Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diketuai Pengarahnya, Khirudin Drahman@Hussaini , bagi tujuan pembersihan di sekitar Wisma Kebajikan.

Setelah siap masak dan dibungkus sekitar jam 3 petang, bubur lambuk mula diagihkan kepada semua yang terlibat termasuk kakitangan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching.
Dalam pada itu, terdapat juga penambahan bubur lambuk sebanyak 288 bungkus daripada Kapitan Tan Keng Yew (ADABI). -EDISI UKAS