Awang Tengah Sahur Bersama Anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia Daerah Lawas

UKAS  > Edisi-Utara >  Awang Tengah Sahur Bersama Anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia Daerah Lawas
0 Comments

ISNIN, 3 MEI 2021

LAWAS: Bersempena sambutan bulan Puasa ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah telah menghadiri Program Singgah Sahur Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Lawas bersama anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Lawas pada Ahad. 

Sebaik tiba, beliau telah menandatangani buku pelawat bagi menandakan kehadirannya ke BBP Daerah Lawas. 

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaikan sumbangan daripada PESKEB BBP Lawas dan Lembaga Amanah Kebajikan Khairat Islam Lawas (LAKHIL) Daerah Lawas kepada pegawai yang kematian ahli keluarga dan mereka yang mempunyai ahli keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut diadakan penyampaian sumbangan kuih raya daripada PESKEB BBP Lawas kepada semua pasukan.

Selesai upacara penyampaian, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota bersama anggota Bomba dan ahli keluarga bersahur bersama. 

Sebelum mengakhiri majlis, beliau sempat mengadakan lawatan di sekitar BBP Daerah Lawas bagi melihat sendiri kemudahan dan kelengkapan yang ada di balai ini. 

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Zon 7, PgB Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, Ketua Balai Bomba Lawas Zaki Hussin dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lawas. -EDISI UKAS