Ketua Menteri Terima Kunjung Hormat Pengerusi UCTS Baru

RABU, 5 MEI 2021

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kolej Universiti Teknologi Sarawak  (UCTS) yang baru, Dr. Annuar Rapaee di pejabat beliau Wisma Bapa Malaysia Kuching, pada Rabu.

Dr. Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dilantik oleh kerajaan Sarawak untuk menggalas tanggungjawab tersebut pada bulan Disember lalu.

Pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai perancangan dan permasalahan melibatkan pendidikan dan perkhidmatan UCTS yang perlu diambil maklum oleh Ketua Menteri.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Naib Canselor UCTS Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid. -EDISI UKAS