PDRM Dan RELA Matu Pantau SOP Sekitar Daerah Matu.

UKAS  > Edisi-Tengah >  PDRM Dan RELA Matu Pantau SOP Sekitar Daerah Matu.
0 Comments

RABU, 5 MEI 2021

MATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Matu dengan kerjasama RELA Matu melakukan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sini pada Rabu.

Pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan dan pintu masuk sekolah untuk memastikan setiap premis dan sekolah menyediakan alat pemeriksaan suhu badan, pembersih tangan, buku cacatan pelanggan dan imbasan kod QR .

Hasil pemantauan mendapati semua premis mematuhi SOP dan para pelanggan turut mengamalkan penjarakan fizikal ketika membeli barang.

Turut dipantau, rumah penduduk yang dikuarantin kendiri.

Sementara itu, keadaan di pekan Matu masih lengang kerana penduduk hanya akan keluar rumah untuk keperluan tertentu sahaja.-EDISI UKAS