Yayasan Petronas Sumbang Bantuan Sempena Program Sentuhan Kasih Hari Raya Aidilfitri

UKAS  > Edisi-Tengah >  Yayasan Petronas Sumbang Bantuan Sempena Program Sentuhan Kasih Hari Raya Aidilfitri
0 Comments

JUMAAT, 7 MEI 2021

SRI AMAN: Yayasan Petronas menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas termasuk bantuan makanan berjumlah RM37,500 di Kompleks Penyayang Sri Aman, pada Khamis.

Sumbangan berkenaan disalurkan melalui Program Sentuhan Kasih Hari Raya Aidilfitri bagi membantu keluarga yang memerlukan membuat persediaan menyambut perayaan tersebut pada tahun ini.

Sehubungan itu, sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Petronas Sarawak, Zulaihi Mohd Matali yang diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Noriah Ahmad kepada wakil JKM untuk diagihkan kepada 250 orang penerima.

Terdahulu, program tersebut adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Petronas pada musim perayaan utama di negara ini.

Selain itu, Program Sentuhan Kasih Hari Gawai Dayak juga bakal diadakan di Kapit pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Justeru, pelaksanaan program seperti ini dapat membantu mengurangkan beban keluarga yang terkesan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini. –EDISI UKAS