35 Ahli Persatuan Penternak Ikan Batang Ai Terima BIPPN

UKAS  > Edisi-Selatan >  35 Ahli Persatuan Penternak Ikan Batang Ai Terima BIPPN
0 Comments

SABTU, 8 MEI 2021

LUBOK ANTU: Seramai 35 orang Ahli Persatuan Penternak lkan Batang Ai menerima Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) daripada Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

Simbolik penyerahan itu diadakan di Pusat Pemprosesan Ikan Batang Ai, Pekan Lubok Antu pada Jumaat.

Bantuan tersebut memakan peruntukan sebanyak RM70,000 merangkumi peralatan untuk menangkap ikan seperti pukat, kotak sejuk beku, tali dan jaket keselamatan.

Hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pembangunan Bahagian Jabatan Pertanian Sarawak, Ronald Ripid selaku wakil kepada Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman, Freddy Paul Giyang, wakil Pegawai Daerah Lubok Antu, lgnatius Ayai Dom dan Pengerusi Persatuan Penternak lkan Batang Ai, Naka Indap.-EDISI UKAS