64 Pekebun Lada Dari Tebedu Terima Bantuan Pertanian Sebanyak RM128,000

UKAS  > Edisi-Selatan >  64 Pekebun Lada Dari Tebedu Terima Bantuan Pertanian Sebanyak RM128,000
0 Comments

TEBEDU: Seramai 64 peserta menerima pengagihan bantuan input pertanian bagi program peningkatan produktiviti tanaman lada untuk kawasan DUN Tebedu di Pejabat Pertanian Tebedu pada Rabu.

Kesemua pekebun lada daripada empat kampung dari kawasan berkenaan menerima bantuan seperti baja dan racun serangga yang dianggarkan berjumlah RM128,000.

Peruntukan tersebut adalah menerusi kerajaan Sarawak menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Pengagihan bantuan pertanian berkenaan telah dikendalikan oleh Pejabat Pertanian Daerah Tebedu. -EDISI UKAS