JUMAAT, 14 MEI 2021
LUNDU: Masyarakat Islam di Lundu menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tinjauan di Masjid Pehin Sri Adenan Satem, Lundu PADA Khamis mendapati jemaah hadir dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Para jemaah juga didapati mengekalkan jarak fizikal masing-masing serta mematuhi jumlah jemaah yang dibenarkan dalam masjid bagi mengekang penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS