Papan Neon MBM Meriahkan Sambutan Hari Bandaraya Miri Pada 20 Mei Nanti

ISNIN, 17 MEI 2021

MIRI: Menjelang sambutan Hari Bandaraya Miri pada 20 Mei Ini, Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menyalakan Papan Neon Majlis Bandaraya Miri. 

Menurut Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, pelancaran ini bertujuan menyambut Ulang Tahun Ke-16 Bandaraya Miri. 

Bandaraya Miri merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf ‘Bandaraya’ pada 20 Mei 2005 dengan membawa gelaran Bandaraya Peranginan.

Untuk menyambut UlangTahun ke-16, MBM telah mengambil upacara secara ringkas dengan menyalakan lampu Papan Neon  Majlis Bandaraya Miri.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas melancarkan Papan Neon Majlis Bandaraya Miri di Perkarangan Majlis Bandaraya Miri pada Sabtu. -EDISI UKAS