Loji Air Trusan Ditutup Sementara Akibat Banjir

JUMAAT, 21 MEI 2021

LAWAS: Paras air yang tinggi di kawasan Trusan dan kampung-kampung sekitarnya telah menyebabkan Loji Air Trusan ditutup sementara. 

Setakat jam 5 petang Khamis, paras air Sungai Batang Trusan masih penuh. 

Keadaan ini telah menyebabkan proses rawatan air tidak dapat dijalankan berikutan peralatan pam dan letrik masih digenangi air banjir. 

Untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, Loji Air Trusan terpaksa ditutup sementara. 

Bagaimanapun, keadaan ini akan menjejaskan bekalan air di Daerah Trusan. 

Operasi Loji Air Trusan hanya akan kembali pulih apabila air surut. -EDISI UKAS