JUMAAT, 21 MEI 2021
TARAT: Masyarakat tani di kawasan Tarat perlu mempertingkatkan penggunaan teknologi moden dalam memacu produktiviti dan hasil pertanian mereka.
Demikian kata, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn semasa meneruskan siri lawatan beliau ke kebun para petani di Durian King Paradise Park di Luk Fu di sini pada Khamis.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata, seperti lawatan sebelum ini para petani diberikan tunjuk ajar dan nasihat oleh pegawai pertanian mengenai penjagaan tanaman di kebun mereka.
“Antara hasil tani yang diusahakan oleh pekebun yang dilawat pada hari ini (Khamis) adalah durian, dabai, sawi, kacang panjang dan terung,” katanya. –EDISI UKAS