SABTU, 22 MEI 2021
SEBAUH: Menteri Utiliti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom telah mengadakan pemantauan pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh pada Sabtu.
Dalam tinjauan itu, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan program vaksin yang dijalankan dan berharap pemberian vaksin dapat diteruskan.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua Daerah Sebauh bermula Sabtu yang dikhususkan kepada warga emas iaitu berumur 60 tahun dan ke atas.
Sebanyak 270 dos vaksin dijadualkan diberikan kepada warga emas di Daerah Sebauh. -EDISI UKAS