SABTU, 22 MEI 2021
LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang terpaksa merendah banjir yang sedang melanda di Daerah Limbang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada saudara yang meninggal dunia di Kampung Batu Danau pada Jumaat.
Untuk sampai ke rumah mendiang di Kampung Batu Danau, Paulus perlu meredah banjir kerana jalan di kawasan tersebut turut ditenggelami air bah.
Beliau telah menghulurkan sumbangan kasih sebagai tanda prihatin terhadap keluarga saudara yang meninggal dunia.
Dalam memberikan penghormatan terakhir itu Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap diberikan keutamaan dan dititikberatkan. -EDISI UKAS