SELASA, 1 JUN 2021
KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang telah menyumbang bantuan berupa kelengkapan serta barang keperluan kepada petugas barisan hadapan di sini.
Mewakili beliau, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan, Syahrizzal Arfandy Adam telah menyerahkan sumbangan tersebut pada Isnin.
Rubiah ketika dihubungi memberitahu, beliau akan terus mengikuti langkah daripada Kerajaan Sarawak dalam mempersiap siagakan petugas barisan hadapan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan lebih ketat ini satu keperluan memandangkan bilangan kes harian positif COVID-19 berada dalam tahap yang membimbangkan,” ujarnya.
Justeru, beliau menyeru agar orang ramai untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing dan hanya keluar sekiranya mempunyai keperluan.-EDISI UKAS