Mesej Tular Penduduk Penan Di Long Lamai Bergejala Dan Sakit Adalah Tidak Benar

UKAS  > Edisi-Utara >  Mesej Tular Penduduk Penan Di Long Lamai Bergejala Dan Sakit Adalah Tidak Benar
0 Comments

JUMAAT, 4 JUN 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam kenyataan media pada Jumaat memaklumkan penduduk Penan di kawasan Long Lamai sihat dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. 

Ini selepas tular satu mesej yang menyatakan bahawa ramai penduduk berbangsa Penan di lokaliti Long Lamai sedang bergejala dan sakit pada 2 Jun 2021 

Pada Khamis, sepasukan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada tujuh pegawai perubatan telah dihantar ke lokaliti tersebut dengan bantuan penerbangan ihsan helikopter daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Miri. 

Mereka telah menemuramah Ketua Kampung dan penduduk di lokaliti Long Lamai berhubung mesej tular itu dan didapati penduduk kampung dalam keadaan sihat dan menjalankan aktiviti harian mereka dengan pergi ke kebun seperti biasa. 

Pemeriksaan di rumah pula didapati tiada orang yang bergejala atau sakit. 

Untuk memastikan keadaan kesihatan penduduk benar-benar sihat dan terhindar daripada penularan COVID-19, pasukan perubatan KKM telah bekerjasama dengan Ketua Kampung dan paderi melaksanakan ujian calitan COVID-19. 

Sebanyak lapan orang penduduk telah mengambil ujian calitan selepas dipujuk dengan pelbagai aktiviti pujukan dan desakan. -EDISI UKAS