Giliran 942 KIR Di Repok Terima Bantuan Bakul Makanan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Giliran 942 KIR Di Repok Terima Bantuan Bakul Makanan
0 Comments

AHAD, 6 JUN 2021

REPOK: Program Bakul Makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 kini tiba di DUN Repok dengan giliran 942 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 60 buah rumah panjang di kawasan itu menerima bantuan itu pada Ahad.

Prihatin dengan nasib penduduk di kawasan itu, ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turut turun padang membantu petugas mengagihkan bantuan itu kepada penerima.

Bantuan diagihkan kepada kawasan meliputi Selangan, Minah, Bulat, Stok, Sg Paoh dan Ulu Paoh di bawah pentadbiran Penyelaras Zon D iaitu Tuai Rumah Pitre Ambit, Penyelaras Zone C, Tuai Rumah Clement dan Penyelaras Zone A, Tuai Rumah Anthony Suding.

Menurut Dato’ Sri Huang, sebanyak RM250,000 peruntukan akan diagihkan bagi program bantuan itu mengikut kawasan DUN masing-masing yang akan diuruskan oleh agensi Kerajaan Sarawak.

Di kesempatan itu juga, beliau menyeru penduduk rumah panjang memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Penduduk rumah panjang dalam pada itu amat berterima kasih kepada Dato’ Sri Huang kerana membantu meringankan beban rakyat semasa tempoh PKP ini. – EDISI UKAS