1,030 KIR Kawasan Zon Jagoi Bau Terima Bantuan Makanan

ISNIN, 7 JUN 2021

BAU : Sebanyak 1,030 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BBMSS) di kawasan Zon Jagoi Bau pada Ahad.

Program BBMSS sumbangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu dikendalikan oleh pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Penerima merangkumi jumlah KIR dari kampung Serasot 1 sebanyak 100, Kampung Serasot 2 sebanyak 100, Kampung Serikin sebanyak 110, Kampung Jagoi Duyoh sebanyak 110, Kampung Bogag sebanyak 110, Kampung Sri-ieng sebanyak 75, Kampung  Stass sebanyak 75, Kampung Krawon Stass sebanyak 75, Kampung St. Mark Stass sebanyak 75, Kampung Skibang sebanyak 100, Kampung Sebobok sebanyak 60, Kampung Jagoi Gunung @ Buow sebanyak 20 dan Kampung Kagoi Pinomu sebanyak 20.

Program agihan tersebut berjalan lancar dengan turut dibantu oleh Ahli Majlis Daerah Bau bagi kawasan DUN Tasik Biru. -EDISI UKAS

Share

add comment