Hampir 3,000 KIR DUN Bukit Saban Akan Menerima Bantuan Makanan BKSS 6.0

UKAS  > Edisi-Tengah >  Hampir 3,000 KIR DUN Bukit Saban Akan Menerima Bantuan Makanan BKSS 6.0
0 Comments

ISNIN, 7 JUN 2021

SPAOH: Seramai 2,891 ketua isi rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban akan menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang.

Sumbangan itu akan melibatkan seramai 1,985 KIR rumah panjang, 840 kampung Melayu dan 66 terdiri daripada komuniti Cina.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas diwakili Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr Richard Rapu telah meninjau penyelarasan penghantaran bantuan tersebut di Dewan Masyarakat Spaoh, pada Isnin.

Kerja-kerja pengagihan akan dilakukan menerusi Tuai Rumah, Ketua Kampung, ahli PBB dan juga Kapitan kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, Dr Richard Rapu menjelaskan sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memastikan setiap isi rumah dibantu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, sumbangan adalah di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 seperti diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini.-EDISI UKAS