440 Penduduk Tatau Terima Suntikan Vaksin COVID-19

KHAMIS, 10 JUN 2021

TATAU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Daerah Tatau Fasa Kedua masih diteruskan.

Seramai 440 penduduk yang terdiri daripada warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Selasa.  

Seperti sebelumnya, proses vaksinisasi berjalan lancar oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu Sukarelawan MyVac, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahana Awam (APM) dan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS