ADUN Kedup Bantu Agih Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

KEDUP: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben telah meneruskan Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang secara simbolik kepada seramai 15 orang Ketua Kaum dan Tuai Rumah yang seterusnya akan mengagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di kampung masing-masing.

Sebanyak 1,093 bakul makanan untuk KIR telah diserahkan mengikut kampung-kampung iaitu Kampung Antayan Liun (36), Kampung Antayan Sarawak (22), Kampung Antayan Kersik (17), Kampung Antayan Keropok (78), Kampung Antayan Baru (37), Kampung Mantung Mara-u (100), Kampung Paon Gahat (115), Kampung Empessa (15), Kampung Tong Nibong (78), Kampung Paon Sg Rimu (112), Kampung Paon Rimu Bakung (37), Kampung Sg Paoh (15), Kampung Krangan Tekalong (31), Kampung Bunan Punok (165) dan Kampung Bunan Gega (235).

Menurut ADUN Kedup, bantuan itu adalah insiatif kerajaan Sarawak bagi membantu meringankan beban perbelanjaan KIR semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Tambah beliau, setakat Rabu seramai 3,368 KIR telah menerima bantuan makanan dan agihan akan diteruskan untuk seramai 1,901 lagi KIR. 

Beliau menjangkakan pengagihan bantuan tersebut dapat dihabiskan pada 12 Jun 2021.  -EDISI UKAS

Share

add comment