7 Buah Rumah Panjang Di Kawasan Ulu Entaih Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

UKAS  > Edisi-Tengah >  7 Buah Rumah Panjang Di Kawasan Ulu Entaih Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang
0 Comments

JUMAAT, 11 JUN 2021

SARIKEI: Setiap penduduk rumah panjang di kawasan DUN Meluan akan menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKKS) 6.0. 

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin telah meminta petugas pengagihan bantuan makanan di DUN Meluan untuk memastikan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan makanan sumbangan Kerajaan Sarawak. 

Pada Selasa, sebanyak 7 buah rumah panjang di kawasan Ulu Entaih antaranya Rh Umar, Rh Meru, Rh Sumping, Rh Awar, Rh Umpang, Rh Menyimbang dan Rh John menerima bakul makanan. 

Bantuan makanan ini dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil sedikit masa serta berharap masyarakat bersabar semasa tempoh pengagihan bantuan makanan ini. -EDISI UKAS