Lagi 1,000 Individu Di Daerah Bau Terima Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  Lagi 1,000 Individu Di Daerah Bau Terima Vaksin COVID-19
0 Comments

AHAD, 13 JUN 2021

BAU: Seramai 1,000 lagi individu dari daerah Bau hadir menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Sabtu.

Rata-rata penerima vaksin jenis Sinovac itu telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikendalikan oleh seramai 35 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah Bau itu turut dibantu oleh Sukarelawan MyVAC iaitu seramai 6 orang dan 10 Ahli Majlis, Majlis Daerah Bau (MDB).

Program sama yang dijalankan pada Jumaat turut merekodkan seramai 306 individu yang hadir bagi melengkapkan suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer.

Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut membantu dalam program tersebut. -EDISI UKAS