Semua Vaksin COVID-19 Punyai Fungsi Yang Sama, Jumlah Vaksin Mencukupi

UKAS  > Edisi-Utara >  Semua Vaksin COVID-19 Punyai Fungsi Yang Sama, Jumlah Vaksin Mencukupi
0 Comments

AHAD, 13 JUN 2021

BINTULU: Semua vaksin COVID-19 yang sedang digunakan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mempunyai fungsi yang sama.

Perkara ini dijelaskan Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung semasa ditemui bagi menjawab soalan media selepas ada penerima vaksin COVID-19 yang memilih jenis vaksin.

“Untuk vaksin, sama ada vaksin Sinovac atau Pfizer, semua vaksin adalah sama dan juga mempunyai fungsi yang sama. 

“Terdapat juga komuniti yang mempunyai pilihan mereka tersendiri. Untuk yang ini kita tidak dapat buat apa-apa. 

“Sekiranya mereka tidak berkenan dengan vaksin penerima boleh menolak di aplikasi MySejahtera dan mereka akan diberi temu janji yang baharu,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Restoran Dinner World Bintulu pada Sabtu.

Ujar Dr Melvin lagi, bagi mereka yang menukar jenis vaksin perlu membuat janji temu baharu menerusi apllikasi MySejahtera.

Di dalam MySejahtera ada infografik yang telah dikeluarkan bagi menunjukan cara-cara menukar temu janj menerima vaksin COVID-19.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memberitahu masyarakat tidak perlu risau akan kehabisan stok vaksin COVID-19 atau vaksin tidak mencukupi serta datang ke PPV mengikut masa yang telah ditetapkan dalam temu janji. 

“Kita harap mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19 datang ke PPV mengikut masa masing-masing. 

“Ini supaya tidak datang terlalu awal dan jangan risau vaksin itu memang ada. 

“Apabila terlalu ramai penerima vaksin datang, akan menyebabkan keadaan sesak dan tidak teratur. Kita tidak mahu apa-apa penyakit COVID-19 menular sewaktu menerima vaksin,” ujarnya. -EDISI UKAS