GP Pusaka Sdn Bhd Sumbang Air Cooler Kepada PPV Dewan Sukan Tatau

UKAS  > Edisi-Utara >  GP Pusaka Sdn Bhd Sumbang Air Cooler Kepada PPV Dewan Sukan Tatau
0 Comments

SELASA, 15 JUN 2021

TATAU: Sebuah syarikat GP Pusaka Sdn Bhd telah memberikan sumbangan ‘Air Coller’ kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Ahad. 

Sumbangan telah diserahkan wakil syarikat GP Pusaka Sdn Bhd Kong Muk Shui kepada Pemangku Pegawai Daerah Tatau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengerusan Bencana Daerah (JBPD) Tatau Calvin Ligong. 

Menurut Kong, sumbangan ini bagi memberikan keselesaan kepada masyarakat Tatau yang akan menerima vaksin di PPV Dewan Sukan Tatau. 

Calvin mengucapkan terima kasih kepada GP Pusaka Sdn Bhd di atas sumbangan ‘Air Cooler’ kepada PPV Dewan Sukan Tatau. 

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dia. -EDISI UKAS