Tan Sri William Mawan Tinjau Operasi Vaksinasi Di PPV Pakan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Tan Sri William Mawan Tinjau Operasi Vaksinasi Di PPV Pakan
0 Comments

RABU, 16 JUN 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkesempatan meninjau operasi pemberian vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Pakan pada Selasa.

Sebanyak 410 dos vaksin pertama Covid-19 jenis Sinovac diberikan kepada penduduk pada program tersebut.

Sambil melihat operasi yang berlaku di PPV itu, Tan Sri Mawan turut meluangkan masa bersama masyarakat yang turun menerima vaksin dan memberikan kata semangat kepada mereka.

Beliau juga amat berbangga dengan komitmen petugas-petugas barisan hadapan yang berusaha bersungguh-sungguh membantu mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Sehubungan itu, belau amat berharap penduduk di Pakan akan menerima pemberian vaksin dan menolak berita tidak sahih yang cuba menakutkan masyarakat untuk menolak pengambilan vaksin.

Dalam pada itu, rata-rata penerima vaksin menyatakan rasa syukur kerana telah menerima dos pertama vaksin dan bersedia untuk menerima dos kedua pada tarikh temujanji yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS