JUMAAT, 18 JUN 2021
LONG BEDIAN: Seramai 111 orang penduduk yang merupakan masyarakat Penan di Long Bedian menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Long Bedian pada Selasa.
Kebanyakan mereka yang menerima vaksin COVID-19 ini terdiri daripada warga emas dan golongan dewasa.
Mereka yang datang ke PPV dan menerima suntikan vaksin ini telah mendaftar nama menersu Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masing-masing di Pejabat Daerah Kecil Long Bedian.
Kehadiran penduduk yang majoritinya merupakan kaum Penan ke PPV dan tampil mendapatkan vaksin COVID-19 adalah merupakan satu perkembangan yang baik. -EDISI UKAS