ADUN Batu Danau Tinjau Proses Vaksinasi Di PPV Dewan Masyarakat Medamit

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Batu Danau Tinjau Proses Vaksinasi Di PPV Dewan Masyarakat Medamit
0 Comments

JUMAAT, 18 JUN 2021

MEDAMIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Medamit bagi meninjau Proses Vaksinasi COVID-19. 

Setiba di PPV itu, beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah Kesihatan Limbang Dr Norliza Jusoh mengenai proses semasa vaksinasi itu yang dijalankan secara ‘work process’ pemberian vaksin iaitu bermula dengan pendaftaran, screen dan kaunseling, ‘consent’, pemberian vaksin, pemerhatian dan proses dokumentasi.

Paulus turut meninjau kaunter pendaftaran, ruang rehat petugas, ruang isolasi, stesen pemberian vaksin, ruang pemerhatian dan kaunter temu janji sebelum penerima vaksin keluar dari PPV.

PPV itu memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Pekan Medamit dalam mendapatkan vaksin COVID-19 dan ketika itu seramai 97 orang telah menerima suntikan vaksin seperti yang telah dijadualkan daripada 200 orang kapasiti muatan dewan.

Sementara itu, Dr Norliza yang ditemui berkata penduduk tempatan di sekitar kawasan Medamit perlu memanfaatkan kemudahan ini bagi membantu membendung penularan COVID-19 Kebangsaan demi mencapai tahap kesihatan komuniti kelompok di Daerah Limbang.

“Program ini merupakan kemudahan kepada penduduk kawasan Medamit untuk mendapat akses suntikan vaksinasi. 

“Pihaknya berharap mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan agar datang menjalani program yang dilaksanakan,” katanya. 

Seramai 52 orang petugas yang terdiri dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan (KKM) Limbang, sukarelawan pendaftaran, petugas- petugas teknikal dan keselamatan membantu kelancaran proses vaksinasi di PPV Dewan Masyarakat Medamit. 

Sebelum mengakhiri lawata, Paulus telah menyerahkan sumbangan 10 kotak air minuman untuk petugas-petugas di PPV tersebut. 

Turut sama hadir Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Ketua Pergerakan Pemudan PBB Cawangan Limbang Kaunselor Elvis Mathew dan Ketua Kelab 4 x 4 Batu Danau Ketua Kaum Julain Injaan. -EDISI UKAS