ADUN Meradong Tinjau PPV Dewan Masyarakat Bintangor

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Meradong Tinjau PPV Dewan Masyarakat Bintangor
0 Comments

KHAMIS, 23 JUN 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor pada Khamis.

Beliau memberitahu, seramai 600 orang penduduk Meradong menerima suntikan vaksin dos pertama pada hari tersebut.

“Setakat ini, ramai penduduk daerah Meradong termasuk warga emas  hadir menerima suntikan vaksin,”katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Daerah Meradong atas usaha menghubungi penerima vaksin untuk hadir ke PPV Bintangor.

“Saya berharap agar semua lapisan masyarakat daerah Meradong menerima suntikan vaksin sekaligus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terutamnya warga emas,” ujarnya. –EDISI UKAS