Program Sukarelawan Pelancongan Akan Diadakan Di Miri Dan Sibu, Bekalan Vaksin COVID-19 Percuma Kepada Sektor Swasta

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Sukarelawan Pelancongan Akan Diadakan Di Miri Dan Sibu, Bekalan Vaksin COVID-19 Percuma Kepada Sektor Swasta
0 Comments

JUMAAT, 25 JUN 2021

KUCHING : Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan kunjungan ke Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pelancongan di Bangunan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Kuching, pada Jumaat.

Kunjungan tersebut turut disertai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri.

Datuk Karim berkata, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri sentiasa berganding bahu bagi memastikan program vaksinasi ini berjalan lancar agar rakyat negeri Sarawak bersedia dan tidak perlu bimbang apabila tahap imuniti kelompok dapat dicapai dalam masa terdekat.

Sehubungan dengan itu jelasnya, Program Sukarelawan Pelancongan sedemikian turut akan diadakan di Sibu dan Miri dalam masa terdekat.

Tambah beliau, di bawah program ini, vaksin COVID-19 percuma oleh kerajaan juga akan dibekal dan dikirimkan kepada sektor swasta yang berkelayakan.

Oleh yang demikian, mereka diminta untuk menyediakan pasukan perubatan dan pusat vaksinasi, bagi mencapai matlamat meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh Malaysia.

Program Sukarelawan Pelancongan bagi Negeri Sarawak telah diselaraskan melalui Protect Health Corporation (PHC) mendapat kelulusan dari Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF). -EDISI UKAS