SABTU, 26 JUN 2021
SRI AMAN: Seramai 180 penduduk di kawasan Kampung Gua telah menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Gua pada Jumaat.
Program pemberian vaksin di situ adalah program hari terakhir dan menyaksikan kehadiran penduduk secara ‘walk-in’ kerana ia dibuka kepada masyarakat berdekatan yang belum menerima sebarang temujanji.
Program telah berjalan lancar dengan penglibatan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang ditugaskan di PPV tersebut bagi mengawal keselamatan dan memastikan garis panduan SOP dipatuhi.
Dalam pada itu, program tersebut mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat kerana mereka menyedari kepentingan dan manfaat vaksin COVID-19 tersebut.-EDISI UKAS