Enam Rumah Panjang Di Kawasan Pedalaman Ulu Skrang Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  Enam Rumah Panjang Di Kawasan Pedalaman Ulu Skrang Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19
0 Comments

SABTU, 26 JUN 2021

ENGKILILI: Sebanyak enam buah rumah panjang yang melibatkan seramai 169 orang penduduk di kawasan pedalaman Ulu Skrang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac.

Rumah panjang yang terlibat ialah Rumah Juan, Panchor; Rumah Mengga, Seladong; Rumah Dau, Nanga Entalau; Rumah Mat, Tinting Brunai; Rumah Iju, Lubok Tabau dan Rumah Jamban, Bilararap.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan di situ berjalan dengan lancar serta mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan selama dua hari dari hingga 24 Jun 2021.

Rata-rata penerima berasa gembira dan menyedari ia dapat menghalang penularan dan sekaligus memutuskan rantaian COVID-19.

Sehubungan itu, penduduk Ulu Skrang merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas suntikan percuma yang diberikan dan menghantar kakitangan KKM untuk memberi vaksin kepada penduduk yang tinggal di pedalaman.

“Ribuan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah melakukan suntikan vaksin ini secara percuma tanpa dan menghantar kakitangan KKM sendiri untuk datang ke Ulu Skrang bagi memberi vaksin kepada penduduk yang jauh di pedalaman,” katanya.-EDISI UKAS