ADUN Sebuyau Tinjau Persiapan Pembukaan PPV Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Sebuyau Tinjau Persiapan Pembukaan PPV Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong
0 Comments

AHAD, 27 JUN 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan membuat tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong pada Sabtu.

Tinjauan mendapati, ruang PPV yang akan mula beroperasi pada 28 hingga 30 Jun dan 2 Julai berkenaan sudah disusun atur untuk memastikan kelancaran proses pemberian vaksin kepada mereka yang menerima vaksin kelak.

PPV tersebut akan memberi vaksin kepada penduduk di kawasan sekitarnya secara ‘outreach’ dengan kapasiti seramai 500 orang penerima vaksin dalam masa sehari.

Dalam pada itu, Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut mengucapkan terima kasih kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di kawasan Sebuyau.-EDISI UKAS